Monday 21 November 2011

Urutan wajah

SET CHAHAYA BEAUTY AURA

 Dalam post terdahulu saya ada janji untuk mengajar anda tentang bagaiman untuk mencuci muka dan memakai krim dengan betul. Baru hari ini saya berkesempatan untuk menulis blog setelah beberapa minggu menyepi disebabkan minggu peperiksaan akhir.

Okay. Perkara pertama yang wajib ada untuk mereka yang gemarkan kecantikan dan cintakan kebersihan ialah,

Tuala muka peribadi
Okay. 'Peribadi' ini bukan bermaksud 'bahagian peribadi' atau 'bahagian intim'! Akan tetapi, 'peribadi' yang membawa maksud 'hanya kepunyaan kita sahaja'. Orang lain tidak dibenarkan kongsi DAN hanya digunakan untuk mengelap muka sahaja. Walaupun hanya tuala yang kita saja yang guna untuk mengelap seluruh tubuh badan, bilangan bakteria adalah tidak terkira banyaknya! Inikan pula tuala yang dikongsi dengan orang lain? Bayangkan, tuala yang sama juga digunakan untuk mengelap muka. Eeeawww! Kan? I maybe wrong, but for me, it is one of thousand reasons why the facial gone worse, other than due to hormone problems, squeeze out pimple with nails and others.

Itu hanyalah tips tambahan sahaja, ya? =)

Okay, bagi urutan wajah, (dalam hal ini saya lebih memfokuskan kepada urutan ketika mencuci wajah / cara mencuci wajah dengan betul) adalah penting untuk para pengguna produk mendapat dan mengaplikasikan teknik dengan betul untuk kesan yang maksima. 

Lihat gambar di bawah:


Urutan yang betul ialah dengan cara mengurut wajah dari bawah ke atas, bermula dari:
  1. Dagu ke tepi bibir
  2. Pipi ke bahagian tepi telinga
  3. Hujung ke pangkal hidung (bahagian dalam ke bahagian luar)
  4. Dahi ke ubun-ubun



Bagi bahagian mata pula, memadai sekadar urutan lembut di hujung jari. Jangan tekan atau urut bahagian sekitar terlalu kuat! Ini kerana kulit di bahagian sekitar mata adalah bahagian kulit ternipis di tubuh manusia. Sebarang gerakan yang terlalu kuat boleh mendatangkan kecederaan atau mempercepat proses kedutan, terutama di bahagian tepi dan bawah mata.

Dan, untuk mencucinya pula (membasuh sabun di muka), cukup sekadar memercikkan air dari tapak tangan ke muka, tanpa perlu menggosok muka dengan kasar. Ia hanyalah seperti gambar di bawah. Lakukan secara ringan sahaja. 


 Entri yang cukup ringkas, kan? Jadi mulai hari ini, beli atau wujudkan satu tuala muka peribadi anda sendiri! Ingat, kecantikan juga melambangkan kebersihan, dan kebersiahan melambangkan keperibadian! Diharapkan dengan perubahan ini, disertai dengan kerajian menjaga wajah, kita sama-sama boleh mendapat kulit wajah yang lebih sihat, cantik dan berchahaya seperti kulit pengasas produk, CIK IDA!

CIK IDA

 So, selamat mencuba! =)

1 comment:

  1. nice tips.. =)
    sy pon sedang mengguna CB... still waiting for the result. ^^

    ReplyDelete