Sunday 6 November 2011

Masalah kulit

Masalah jerawat dan pigmentasi

Jerawat, parut jerawat, pigmentasi, ruam-ruam kecil dan bintik hitam

Admin tidak mengalami masalah kulit yang serius. Cuma, apa yang membimbangkan ialah masalah jerawat yang tidak surut-surut kesan dari penggunaan satu produk tempatan yang popular. Kulit menjadi amat berminyak sedangkan kulit wajah admin adalah dari jenis yang kering pada asalnya. Keadaan ini berlanjutan hingga beberapa bulan. Oktober 2011, admin telah memesan satu set produk kecantikan untuk kulit bermasalah secara online, khas untuk menghilangkan parut-parut degil yang terdiri daripada dua jenis sabun dan satu tiub mask berperisa coklat. Admin hanya menggunakan produk tersebut selama dua bulan sahaja sebelum beralih kepada produk dari Pantai Timur ini, set CHAHAYA BEAUTY AURA. Itu pun selepas beberapa bulan meneliti keberkesanan produk ini daripada testimoni-testimoni yang dipaparkan dari pengasas produk.

Seminggu awal penggunaan, muka memang menggelupas dan pedih-pedih terutama di kawasan sekitar hidung, pipi dan bibir. Semasa proses ini, saya sama sekali tidak mencampurkan apa-apa jenis produk ke bahagian muka, termasuklah make-up kerana tidak mahu mengganggu proses menyahkan sel-sel kulit mati. Saya hanya mencalitkan sedikit bedak padat dengan tujuan mengelakkan kulit dari berminyak dan berpeluh dengan banyak. Bedak sejuk yang pada kebiasaannya menjadi teman tidur pun saya tinggalkan seketika.

Alhamdulillah, sebulan penggunaan produk ini saya boleh lihat perubahan yang ketara pada kulit wajah. Wajah menjadi lebih cerah dengan tona yang sekata. Masalah parut sama sekali hilang! Masuk sahaja bulan 1 (semester baru), rakan-rakan pelik dengan perubahan positif pada wajah saya. Ramai yang memuji. Saya berkongsi rahsia kecantikan dengan mereka. Saya syorkan penggunaan produk ini kepada hampir ke semua rakan-rakan yang bertanya. Ada yang memberi reaksi kononnya produk ini hanyalah satu 'fenomena', produk jenis bermusim. Apa yang dapat saya katakan di sini ialah, saya langsung tidak memaksa sesiapa untuk mencuba produk ini. Saya hanya akan berkongsi sesuatu yang saya yakin berkesan dan mendatangkan kebaikan kepada semua. Itu sahaja!

p/s: Produk ini hanya sesuai kepada mereka yang benar-benar inginkan perubahan yang kekal kepada kulit wajah. 

No comments:

Post a Comment